You are here
berita 

Budak baru umur 5 tahun sudah nyanyuk


SOPHIA (tengah) bersama ibu dan bapanya. FOTO Agensi

Glasgow : Nyanyuk atau sering terlupa biasanya dikaitkan dengan golongan tua tetapi lain pula cerita dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di sini yang menghidap keadaan seperti itu.

Sophia Scott disahkan menghidap sindrom yang dikenali sebagai Sanfilippo satu keadaan genetik ganjil yang menyebabkan dia menjadi pelupa malah fungsi otak dan badannya juga akan menurun seperti penghidap Alzheimer.

Lebih menyedihkan lagi, penyakit itu menyebabkan Sophia kemungkinan tidak mampu hidup sampai ke usia remaja.

Sophia dipercayai satu-satunya penghidap Sanfilippo di Scotland dan hanya 40 kanak-kanak dengan penyakit yang sama di seluruh United Kingdom.

Ibu bapanya, Darren dan Amanda kini berusaha sedaya upaya mereka mencari penawar penyakit itu dan pada masa yang sama sebanyak mungkin kenangan bersama anak tunggal mereka.

http://www.hmetro.com.my/node/197876

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts