You are here
berita 

Budak 9 tahun mangsa mercun pertama tahun ini

Muhammad Afiq mangsa pertama cedera akibat terkena mercun. FOTO KHAIRUL HAMIZY RAMLEE

KUALA TERENGGANU – Murid tahun tiga cedera di tangan kiri selepas mercun bola yang digabungnya meletup dan serpihannya terkena pada tangan dalam kejadian di Wakaf Beruas, Kuala Terengganu, 5 petang hari ini.

Ini menjadikan kejadian itu yang pertama setakat Ramadan ke -10 hari ini.

Mangsa, Muhammad Afiq Hamdi Mohd Rozi, 9, menggabungkan dua mercun bola itu berakhir dengan tragedi.

“Sebaik selesai menggabungkan mercun bola itu, saya segera menggali tanah untuk menanamnya bagi menghasilkan bunyi yang kuat.

“Bagaimanapun, belum sempat saya mengambus tanah itu, mercun yang ada di dalam lubang meletup sebaik sumbu dinyalakan.

“Ketika itu, tangan kiri saya baru sahaja mengaut pasir untuk mengambus lubang berkenaan,” katanya.

Akibat kejadian itu, Muhammad Afiq Hamdi dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas mengalami pendarahan serius di tangan kirinya akibat letupan berkenaan.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mohd Muzzammil Mazlan, 27, berkata, dia tidak menyangka anak saudaranya tetap bermain mercun walaupun ada melarangnya sebelum kejadian itu.

“Ketika itu, saya mahu keluar ke bazar Ramadan dan nampak dia mahu bermain mercun sebelum menegurnya.

“Memang terkejut apabila mengetahui kejadian itu. Mujurlah, letupan itu tidak menghancurkan jari atau meragut nyawanya,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/utama/2017/…ra-main-mercun

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts