You are here
berita 

Bomba selamatkan kanak-kanak cuba terjun flet

Quote:

KUALA LUMPUR: Anggota Bomba dan Penyelamat Balai Pandan menyelamatkan seorang kanak-kanak hiperaktif daripada terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flet Pandan Mewah, Ampang, dekat sini, pagi tadi

Difahamkan, ketika kejadian, ibu bapa kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun itu keluar bekerja dan meninggalkan mangsa sendirian

Mangsa juga dikatakan mencampakkan beg pakaiannya dan cuba terjun

Ketua Balai, Skein Citbanchong, berkata pihaknya menerima panggilan orang awam pada jam 10.34 pagi memaklumkan ternampak seorang kanak-kanak cuba terjun melalui pintu jeriji di belakang sebuah rumah

Katanya, tujuh anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian dan terpaksa memecahkan pintu utama kediaman itu yang berkunci bagi menyelamatkan mangsa

“Anggota terus ke bahagian belakang dan memanggil mangsa sebelum dia diselamatkan dalam tempoh kurang lima minit,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini

Beliau berkata, mangsa dibawa turun dan ditenangkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/224393


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts