You are here
berita 

Bomba kurangkan ‘abang sado’ dalam kalendar 2017

Quote:

Kuala Lumpur: Kalendar 2017 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak lagi menampilkan ‘abang bomba sado’ seperti kalendar 2016 kerana tahun ini, ia bertujuan memberitahu masyarakat tugas hakiki lain jabatan itu selain memadam kebakaran

Penguasa Kanan Bomba 2 Bahagian Pengurusan Korporat JBPM, Norizan Saad, berkata kalendar 2017 mahu memberitahu selain memadam kebakaran, bomba juga ada tugas penyelamatan dan pencegahan

“Kita paparkan (dalam kalendar) elemen pasukan khas dalam JBPM seperti penyelamatan di air, Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS), unit udara, unit forensik (penyiasatan kebakaran), Unit Motosikal Gerak Cepat (RIM) dan anggota wanita,” katanya

Kalendar 2017 JBPM boleh dilihat di laman web atau Facebook jabatan itu. Ia untuk edaran rasmi kepada kakitangan dan pegawai serta kementerian berkaitan

Norizan berkata, walaupun masih menggunakan model dalam kalangan anggota dan pegawai berbadan sasa, namun imej sado itu dikurangkan

“Tahun lalu, kita paparkan ‘abang sado’ dalam JBPM bagi menunjukkan keberkesanan program Lets Get Fit namun untuk kalendar 2017, imej anggota dengan badan sasa dan lengan berurat, dikurangkan

Menurutnya, orang ramai sudah sinonim dengan imej anggota bomba ‘abang sado’ kerana mereka tahu tugas anggota bomba memerlukan fizikal yang kuat namun masyarakat perlu tahu tugas lain jabatan itu

Harian Metro sempat bertemu dengan empat anggota dan pegawai JBPM yang menjadi model menghiasi Kalendar 2017

Penolong Kanan Penguasa Bomba Wan Irlinda Wan Haron berkata, dia gembira kerana terpilih menghiasi kalendar jabatan tahun ini

“Sebelum ini gambar dirakam tapi tak keluar di kalendar. Tahun ini, Alhamdulillah, susah payah buat penggambaran, akhirnya gambar terpapar pada kalendar,” katanya

Pegawai bomba Mohd Uzair Abdullah pula menganggap mewarnai kalendar bomba selama empat tahun berturut-turut bukan sesuatu yang mudah

“Ini kali keempat saya muncul dalam kalendar jabatan, ia satu penghormatan,” katanya

Pegawai bomba Muhd Zaini Muhd Umar juga kali keempat menghiasi kalendar, berkata ramai yang mengenalinya melalui kalendar dan ada yang memanggilnya abang kalendar

Penguasa bomba Siti Farizun Naim juga bangga kerana terpilih lagi tahun ini buat kali keempat sejak 2014

http://www.hmetro.com.my/node/194659


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts