You are here

Bola Sepak : Juventus Buru Juan Mata, Antonio Valencia

Juara Itali, Juventus meletakkan Juan Mata sebagai sasaran utama untuk dibeli kelab itu pada pemindahan Januari ini.
Juventus Buru Juan Mata, Antonio Valencia , info, terkini, sukan, berita sukan bola sepak, spekulasi perpindahan pemain bola sepak
Juventus berhasrat untuk memiliki Mata sejak beberapa tahun lalu ketika pemain terbabit beraksi untuk Chlesea, namun gagal mengatasi bidaan United pada harga £35 juta.

Bagaimanapun selepas melihat Mata tidak menjadi keperluan oleh Louis van Gaal , kelab itu bersedia mengadakan rundingan dengan pemain berkenaan untuk membawanya ke Itali.

Mata juga dilihat perlu menghadapi persaingan sengit untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama selepas kemasukkan Radamel Falcao dan Angel di Maria.

Juventus dilapor memerlukan pemain seperti Mata bagi menghadapi saingan Liga Juara-juara Eropah khususnya jika layak ke pusingan kalah mati.

Selain itu, Juventus turut mengintai untuk meminjam Antonia Valencia dan pertahanan Manchester City, Matija Natasic pada Januari ini.

Sumber : mstar.com.my

 photo good_zps9ceffaa5.gif

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment