You are here
berita 

Bincang nasib rumah pusaka Chow Kit – Menteri KPK

Quote:

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan membincangkan isu rumah pusaka Chow Kit melalui satu mesyuarat yang akan dikendalikan Jabatan Warisan Negara (JWN), esok

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau sendiri ada dihubungi Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim, melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang memintanya meneliti isu rumah pusaka itu

“Kita akan lihat semula apa yang boleh kita lakukan termasuk bagaimana keadaan rumah itu,” katanya ketika ditemui dalam sidang media selepas penyampaian Anugerah dan Pelancaran Pameran Bakat Muda Sezaman 2016 (BMS16) di Balai Seni Visual Negara (BSVN) di sini, hari ini

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk A Ghaffar A Tambi; Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), Prof Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa dan Pengerusi LPSVN, Datuk Seri Farid Ridzuan

Menjawab persoalan sama ada mesyuarat itu akan menghasilkan keputusan positif yang membawa kepada pembinaan semula rumah pusaka Chow Kit itu, Mohamed Nazri berkata, isu warisan ada kalanya bukan hanya membabitkan sesebuah bangunan itu saja

“Ia turut membabitkan perihal tempat asalnya, jadi sebenarnya nilai warisan itu akan lebih tinggi jika tempatnya tidak diubah. Semua ini akan kita bincangkan,” katanya

BH sebelum ini melaporkan rumah pusaka Chow Kit yang dikaitkan dengan waris pengasas Kuala Lumpur, Sutan Puasa yang terpaksa dirobohkan berikutan tapak asalnya dijual pada 2013

Bagaimanapun bahagian rumah pusaka berkenaan yang diceraikan secara tertib kini berada dalam simpanan sekumpulan sukarelawan, Rumah Pusaka Chow Kit (RPCK) yang berusaha untuk membinanya semula sejak tiga tahun tetapi gagal berikutan tiada pihak yang berminat membuat pelaburan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/260351


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts