You are here
berita 

Beruang matahari lapar merayu diberi makanan di Zoo Bandung, Indonesia

Quote:



ZOO Bandung abai beruang matahari.- Foto Agensi


JAKARTA: Aktivis hidupan liar mendesak zoo yang menganiaya haiwan ditutup, susulan penyebaran video beruang matahari di Zoo Bandung kelihatan kurus dan mengemis untuk mendapatkan makanan.

Rakaman video itu adalah yang terbaharu membabitkan zoo itu, yang sebelum ini dikritik teruk selepas dituduh mendera seekor gajah sehingga mati.

Bagaimanapun, jurucakap zoo menafikan tuduhan itu dan mendakwa beruang matahari itu dalam keadaan sihat dan diberi makan yang mencukupi.

Zoo di Indonesia terkenal dengan keadaan yang tidak dijaga rapi, selain tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan.

Desakan itu dibuat Kumpulan Pengawasan Perdagangan Hidupan Liar Scorpion (Scorpion), yang memantau keadaan beruang matahari sejak tahun lalu.

Selain menganjurkan protes supaya zoo itu ditutup, mereka turut mengadakan petisyen secara dalam talian.

Dalam video yang dipercayai dirakam sejak pertengahan 2016, beberapa ekor beruang dirakam berjalan mengelilingi tembok konkrit sambil meminta makanan daripada pengunjung, yang kemudiannya mencampakkan makanan ringan.

Malah, dalam satu klip, dipaparkan imej beruang itu membuang air besar dan kemudiannya memakan najis itu.

“Kandang itu bukan sahaja kotor, tetapi airnya juga tercemar dan lantai tidak ditanam dengan rumput. Malah, tidak ada pokok hidup di dalam kurungan itu,” kata Pengarah Program Scorpion, Gunung Gea kepada BBC.

Katanya, pihaknya juga sering memberi buah-buahan kepada beruang berkenaan setiap kali melawat zoo terbabit.- AGENSI

http://www.bharian.com.my/node/236475

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts