You are here
berita 

Berlumuran darah di tikam belakang

Kuala Lumpur: Seorang peniaga tudung meraung kesakitan apabila diserang hendap lima lelaki sebelum ditikam di belakang badannya di Jalan Solaris 1, Mont Kiara, di sini

Dalam kejadian jam 4.30 petang semalam, mangsa, Raja Babli, 33, yang juga warga Pakistan diserang lima lelaki ketika berada berhampiran sebuah premis perniagaan.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.45 petang dan sepasukan empat anggota APM dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati seorang lelaki berlumuran darah pada bahagian belakang akibat ditikam dengan senjata tajam dipercayai pisau,” katanya.

Menurutnya, mangsa dipercayai diserang sekumpulan lelaki yang dikenalinya.

“Mangsa hanya mampu mengerang kesakitan akibat ditikam sebelum anggota APM memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa.

“Terdapat kesan tikaman sepanjang hampir tiga sentimeter pada tubuh mangsa,” katanya.

Sharul Kamar berkata, barang peribadi mangsa tidak diambil oleh penyerang sekali gus menolak andaian mangsa dirompak.

“Mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan susulan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Julai 2017 @ 12:32 PM

https://www.hmetro.com.my/setempat/2…akang#cxrecs_s

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts