You are here

Berita Menarik Ini Hari (290312)

sumber : Hmetro Online

3 Didenda Rm25 sahaja?

“Noranishah (kiri) bersama faiqah dan nurul HUda ketika ditahan di pusat hiburan
-gambar kosmo Online

SEREMBAN: Tiga wanita termasuk berusia belasan tahun didenda RM25 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana berkelakuan kurang sopan dengan berpakaian dan aksi mengghairahkan di sebuah pusat hiburan di sekitar Nilai, dekat sini, Sabtu lalu.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, mengangguk faham terhadap tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Ketiga-tiga tertuduh yang memakai baju kurung dan bertudung, kemudian membuat pengakuan bersalah.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menari di atas pentas dengan pakaian dan aksi mengghairahkan serta berkelakuan kurang sopan di tempat hiburan awam.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah pusat hiburan di Putra Nilai, Nilai, kira-kira jam 2.20 pagi, 24 Mac lalu.

rasa cam x berbaloi je kene Rm25…
kang komen bnyak kang shark lak kne naik mahkamah..
hanya mampu menggeleng kepala:(

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment