You are here
berita 

Belakang Myvi remuk teruk dirempuh lori

KEADAAN kereta Perodua Myvi yang remuk akibat dirempuh lori di Seremban pagi tadi. – UTUSAN ONLINE

SEREMBAN 11 Feb. – Seorang lelaki dan wanita cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Kilometer 270 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Harzizi Hashim berkata, pemandu dan kelindan lori tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, bahagian belakang kereta Perodua Myvi terbabit remuk teruk akibat dilanggar lori berkenaan.

“Mangsa yang cedera dalam kemalangan itu dihantar ke hospital bagi menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Harzizi, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.04 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Setibanya di tempat kejadian didapati kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang ramai dari kereta berkenaan,” katanya.

Quote:





http://www.utusan.com.my/berita/naha…-lori-1.443143

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts