You are here
berita 

Bekas setiausaha JMB ditahan seleweng RM1.5 juta

Quote:

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menahan bekas setiausaha dan bekas akauntan sebuah Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondominium di ibu negara kerana dipercayai menyeleweng wang kira-kira RM1.5 juta daripada badan tersebut hari ini

Kedua-dua suspek berusia 53 dan 27 tahun itu dipercayai telah melakukan penyelewengan tersebut sejak tahun 2010

Bekas setiausaha itu ditahan di rumahnya di Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi manakala seorang lagi ditahan di Sungai Petani pada jam 1.30 petang

Menurut sumber, penyelewengan itu terbongkar apabila gaji kakitangan syarikat JMB yang menyelenggarakan lebih 500 unit kondominium tersebut tertunggak sejak Jun 2016

Selain menjadi setiausaha JMB pada tahun 2012, suspek juga telah memegang jawatan pengurus besar sebuah syarikat bersekutu JMB sejak 2010

Kedua dua suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut

“Setakat ini pihaknya telah merakam percakapan beberapa orang saksi yang dipercayai dapat membantu siasatan kes ini

“SPRM juga merampas beberapa dokumen serta beberapa komputer riba daripada kedua-dua suspek,” katanya

http://www.sinarharian.com.my/semasa…-juta-1.620826


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts