You are here
berita 

Bekas anggota TLDM maut dikelar ditemui dalam semak

LOKASI mayat mangsa ditemui

Quote:

Sitiawan: Bekas anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) ditemui mati dipercayai dibunuh di Jalan Kampung Cina, Taman Sri Mawar di sini, 8.30 pagi tadi

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Supian Md Samat, 34, ditemui terbaring berlumuran darah di dalam semak dengan kesan kelar di leher oleh orang awam yang melalui kawasan berhampiran

Difahamkan, mangsa dikatakan baru pulang bercuti dari kursus di Kedah dan tinggal di Taman Sri Mawar dekat sini bersama isteri dan seorang anak perempuan

Turut ditemui motosikal mangsa dalam keadaan tumbang kira-kira dua meter daripada mayat

Isteri mangsa turut berada di lokasi bagi urusan pengecaman mayat sebelum dibawa pulang oleh ahli keluarga

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Zailan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan lanjut masih dijalankan

http://www.hmetro.com.my/node/212429


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts