You are here
berita 

Bekas anggota polis maut jatuh dari tingkat 7 hotel

Quote:

KUALA LUMPUR – Seorang bekas anggota polis dijumpai mati dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah hotel di Jalan Syed Putra, Brickfields di sini, hari ini

Mohd Naszuani Mohd Redzuan, 32, ditemui pekerja hotel berkenaan pada 5.15 pagi, kata Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor

Beliau berkata Mohd Naszuani menginap di bilik berkenaan sejak 19 Februari lepas

“Polis mendapati tingkap bilik itu terbuka. Kami turut menemui plastik yang dipercayai berisi dadah jenis Methamphetamine dalam bilik itu,” kata Sharul ketika dihubungi hari ini

Beliau berkata semakan lanjut melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman mendapati Mohd Naszuani berpangkat konstabel dibuang kerja pada Jun tahun lepas kerana terlibat dengan kesalahan dadah

Mohd Naszuani berkhidmat dengan polis sejak 2012 dan kali terakhir bertugas di Bahagian Kenderaan Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa, Selangor

“Dia telah berkahwin dan mempunyai seorang anak… kami telah menghubungi keluarganya,” kata Sharul

Mayat Mohd Naszuani dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…hotel-1.645234


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts