You are here
berita 

[email protected] hutan masuk pasar raya di Jerantut

CETAKAN skrin daripada rakaman video yang tular memaparkan seekor vavi hutan yang tersesat memasuki sebuah pasar raya terkenal di Jerantut, Pahang hari ini. – UTUSAN ONLINE

JERANTUT 12 Feb. – Satu rakaman video memaparkan seekor vavi hutan memasuki sebuah pasar raya di sini tular dalam media sosial, hari ini.

Video berdurasi dua minit 13 saat berkenaan yang dirakamkan seorang pelanggan menunjukkan vavi hutan berkenaan yang memasuki pasa raya itu cuba untuk keluar.

Haiwan berkenaan yang dipercayai sesat dan berada di bahagian barangan plastik kemudian dihalau oleh pekerja pasar berkenaan sebelum lari keluar dari situ.

Jurucakap pasar raya berkenaan yang enggan dikenali berkata, vavi hutan itu dikesan kira-kira pukul 8.30 pagi.

“Kita tidak pasti dari mana haiwan ini datang dan ini merupakan kali pertama kejadian seperti ini berlaku.

“Pekerja yang bertugas menghalau haiwan berkenaan dan kita bertindak membuang barangan plastik yang ada di situ serta membersihkan kawasan tersebut,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

sumber : http://www.utusan.com.my/berita/nasi…#ixzz56t3YZIMj

.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts