You are here
berita 

Bayi masih hidup ditemui dalam longkang pejabat plaza tol

Quote:

KAJANG – Seorang bayi yang masih bertali pusat ditemui di dalam longkang di pejabat Plaza Tol Bukit Kajang, semalam

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, bayi lelaki yang masih hidup itu ditemui kira-kira jam 5.40 petang oleh seorang lelaki yang sedang menukar tayar kereta di lokasi kejadian sebelum mendengar tangisan bayi berkenaan

Menurutnya, lelaki itu kemudian membawa bayi tersebut ke pejabat dan membalutnya dengan tuala

“Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan Hospital Kajang telah dimaklumkan berhubung perkara itu

“Semasa ambulans sampai, pembantu perubatan telah membawa bayi tersebut ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya

Beliau berkata, bayi itu yang ditempatkan di wad rawatan rapi Hospital Kajang dilaporkan mengalami kecederaan di paha kanan, rusuk kanan dan pipi

Katanya, susulan itu, seorang wanita berusia 32 tahun dipercayai ibu kepada bayi tersebut telah ditahan di lokasi kejadian

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…gkang-1.608027


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts