You are here
berita 

Bayi dalam buaian maut terjerut tali puting

Foto hiasan.

ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki berusia 16 bulan ditemui mati dipercayai terjerut tali puting yang dikalung pada lehernya di rumahnya di Taman Sera dekat Kodiang di sini, tengah hari tadi.

Lai Zheng Xing ditemui oleh ibunya, 33, kira-jam 12 tengah hari dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan jerutan pada leher.

Ketika kejadian, bayi itu dikatakan ditinggalkan seketika di bilik ketika ibunya keluar ke sebuah taska berhampiran, manakala bapanya tidur di ruang tamu.

Difahamkan, mangsa yang ditemui terbaring tidak sedarkan diri atas lantai berhampiran buaian, dihantar ke sebuah klinik berhampiran sebelum disahkan sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan, mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

http://www.bharian.com.my/node/239183

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts