You are here
berita 

Bapa salib anak kerana tak siap kerja sekolah di China

GAMBAR menunjukkan seorang budak lelaki berlutut dengan kedua-dua tangannya diikat pada kayu berbentuk salib di luar sebuah kedai di Chongqing, China. – Agensi

Chongqing (China): Seorang bapa bertindak mengikat anak lelakinya yang berusia 10 tahun pada sebatang kayu berbentuk salib sebagai denda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

Kanak-kanak itu dirakam melutut dengan tangannya diikat pada kayu berbentuk salib dan dibiarkan di luar kedai buah, selama hampir sejam.

Seorang jiran yang bimbang dengan keselamatan kanak-kanak itu mengambil gambar kejadian berkenaan dan memuat naik ke laman sosial di China.

Jiran itu berkata, bapa kanak-kanak yang mengusahakan kedai buah berkenaan terkenal dengan sifat tegas terhadap dua anak lelakinya.

Lelaki itu dikatakan berang selepas guru sekolah mengadu bahawa anak lelakinya sekali lagi tidak menyiapkan kerja sekolah.

Sebagai hukuman kerana tidak menyiapkan kerja sekolah, lelaki itu mengarahkan anaknya berlutut di atas raga plastik dan kayu berbentuk salib diikat pada belakangnya.

Tidak dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan sering mengenakan denda seperti itu kepada anaknya.

Selepas gambar itu tular di media sosial, lelaki berkenaan dilaporkan berjumpa dan memarahi jirannya.

Lelaki itu juga mengancam untuk menyaman jirannya kerana merakamkan gambar anaknya tanpa kebenaran. – Agensi

http://www.hmetro.com.my/node/210460

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts