You are here
berita 

Bapa dipenjara 18 tahun perkosa anak sendiri hingga lahirkan bayi

Tertuduh dijatuhi hukuman jel 18 tahun dan 20 sebatan selepas mengaku bersalah merogol anak kandungnya sendiri.

KEMAMAN – Seorang tukang rumah dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 20 sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini terhadap dua pertuduhan merogol anak kandungnya sendiri hingga mangsa melahirkan anak yang kini sudah berusia 2 bulan.

Tertuduh yang berusia 37 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama dan 18 tahun penjara dan 10 sebatan bagi pertuduhan kedua dan kedua-kedua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh tertuduh ditahan pada 27 Disember tahun lepas.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga bapa kepada tiga anak merogol anak kandungnya yang ketika itu berusia 14 tahun kira-kira jam 12.30 malam hingga 1 pagi rumah di mereka pada 7 hingga 20 April 2016.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perkara sama pada waktu dan tempat yang sama pada 1 hingga 20 Jun tahun lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Untuk mengelakkan perbuatannya dilaporkan kepada polis, tertuduh sebelum ini turut mengugut untuk mencederakan mangsa dan memukul isterinya yang berusia 35 tahun.

Bagaimanapun, perbuatan sumbang mahram yang dilakukan itu terbongkar selepas penduduk kampung memaklumkan kepada polis kerana tertuduh tidak membenarkan mangsa keluar daripada rumah mereka.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…ndiri-1.653338

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts