You are here

Bapa Ayam Berumur 73 Tahun Di Dakwa Di Mahkamah

Teluk Intan: Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan termasuk empat pertuduhan pilihan memperdagangkan empat wanita warga Vietnam dan China untuk tujuan eksploitasi seksual dan meraih pendapatan melalui aktiviti pelacuran, Ogos tahun lalu

Tertuduh Lie Haa, 73, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani. Dia didakwa atas empat pertuduhan utama iaitu melakukan eksploitasi seksual terhadap tiga wanita warga Vietnam iaitu Nguyen Thi Thuy Lin, Lee Thi Thuy Trang, Lee Thi Ngoc Thao dan seorang wanita warga China Wang Li, kesemuanya berusia 24 hingga 44 tahun

Bagi empat pertuduhan pilihan pula, dia didakwa sebahagian pendapatan hidupnya adalah hasil daripada aktiviti persundalan kesemua mangsa berkenaan

Kesemua kesalahan itu dilakukan di No C-2, Kampung Pahang, Jalan Pahang di daerah Batang Padang, pada jam 11 malam, 1 Ogos lalu

Bagi empat pertuduhan utama, dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 manakala bagi pertuduhan pilihan pula mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan

Setiap kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda

Norita membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 bersama seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan kes akan disebut semula 19 Januari ini

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Nurul Azriah Zaid manakala tertuduh diwakili peguam

http://www.hmetro.com.my/node/194862

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts