You are here
berita 

Banjir Di Terengganu, 28 Jalan Ditutup

Kuala Terengganu: Sebelas jalan persekutuan dan 17 jalan negeri di lima daerah di Terengganu ditutup pada laluan kenderaan selepas dinaiki air sehingga setinggi dua meter dan tanah runtuh.

Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Abd Hamid Md Daud berkata, Jalan Aring di Kenyir, Hulu Terengganu, ditutup pada laluan kenderaan berikutan tanah runtuh akibat hujan lebat semalam.

Beliau berkata, pengguna yang mahu menggunakan jalan berkenaan untuk ke Gua Musang, Kelantan dan Cameron Highlands, Pahang diminta menggunakan laluan alternatif Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu.

“Ketika ini, kerja pembersihan jalan sedang dilakukan dan kita menasihatkan pengguna menggunakan jalan alternatif bagi mengelak sebarang masalah.

“Di Besut, dua jalan persekutuan dan enam jalan negeri ditutup kepada kenderaan manakala dua jalan persekutuan dan tiga jalan negeri di Setiu ditutup kepada kenderaan,” katanya.

Daerah Hulu Terengganu pula menyaksikan empat jalan persekutuan dan enam jalan negeri yang terjejas akibat banjir ditutup.

Sementara itu, dua jalan persekutuan di Dungun ditutup pada kenderaan ringan iaitu Jalan Jerangau Jabor di stesen JPJ Bukit Besi dan Jalan Kuantan/Kuala Terengganu di Kampung Air Hitam manakala satu jalan negeri, Jalan Tepus/Kuala Jengai ditutup pada semua kenderaan.

Di Kemaman, satu jalan persekutuan iaitu Jalan Kuantan/Kuala Terengganu dekat Balai Polis Kerteh ditutup pada kenderaan ringan menghala ke Kuantan manakala satu jalan negeri iaitu Jalan Kampung Pelantoh/Kampung Lubuk Lesung ditutup kepada semua kenderaan.

FOTO ihsan JKR

sumber: http://www.hmetro.com.my/node/194236

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts