You are here
berita 

Banduan berjaya tebuk dinding penjara hanya guna skru

Quote:



Jakarta: Sekumpulan banduan yang melarikan diri dari sebuah penjara Cawang, Jakarta timur baru-baru ini menggunakan skru untuk menebuk dinding pusat tahanan berkenaan.

Jurucakap polis, Eko Daniyanto berkata, dua daripada tujuh banduan yang melarikan diri itu mengambil masa lebih dua bulan menebuk dinding bilik mandi di sel tahanan mereka.

“Perancang utama tindakan ini adalah seorang banduan yang dikenali sebagai Amirudin dan dibantu seorang rakannya, Ricky Felani.

“Mereka mengikat skru pada sebatang kayu sebelum mula menebuk dinding penjara untuk melarikan diri,” katanya yang dipetik Kompas.com

Menurutnya, kedua-dua banduan berkenaan membuat lubang itu pada setiap hari pada jam 2 pagi hingga 3 pagi ketika kebanyakan tahanan lain sedang tidur.

“Setiap hari mereka menebuk lubang itu secara perlahan-lahan dan menutupnya kembali bagi mengelak ia dikesan.

“Apabila lubang itu cukup besar, dua banduan itu kemudian mengajak banduan lain di dalam sel untuk melarikan diri,” jelasnya.

Semua banduan berkaitan dadah itu melarikan diri pada 24 Januari lalu dengan menebuk dinding penjara dan memanjat tembok.

Bagaimanapun, enam banduan itu termasuk Amirudin dan Ricky berjaya ditangkap semula beberapa hari selepas mereka melarikan diri.

Polis memburu seorang lagi banduan dikenali sebagai Anthony Medan yang masih bebas. – Agensi

http://www.hmetro.com.my/node/201841

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts