You are here
berita 

Bahrain gantung penerbitan akhbar ‘hentam’ kerajaan

GAMBAR fail pada 5 April 2011 ini menunjukkan seorang lelaki mengambil senaskhah akhbar al-Wasat daripada sebuah rak akhbar di Hamad Town, Bahrain. -AGENSI

DUBAI 4 Jun – Kerajaan Bahrain dilaporkan menggantung penerbitan satu-satunya akhbar harian bebas di negara itu, al-Wasat kerana dianggap telah menghina ‘kemesraan yang terjalin antara negara-negara Arab’.

Agensi berita BNA melaporkan, ini kali kedua akhbar berkenaan digantung sepanjang tahun ini.

BNA turut memetik kenyataan Kementerian Penerangan Bahrain sebagai berkata, tindakan al-Wasat yang mengulangi penerbitan artikelnya ‘boleh memecahbelahkan masyarakat serta memberi kesan (negatif) terhadap kerajaan Bahrain dan negara-negara lain’.

Kementerian terbabit bagaimanapun tidak memperincikan artikel yang dimaksudkan itu serta alasan sebenar penggantungan penerbitan akhbar terbabit ketika ini. -REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar…#ixzz4j3E5jsrs
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts