You are here

Ashraf Muslim Dikecam Lagi

Baru-baru ini isteri kedua Ashraf Muslim, Wan Sakinah telah memuatnaik sekeping foto yang menyaksikan dia, Ashraf dan isteri pertama Ashraf, Dayana sedang berhari raya di rumah kenalan atau sanak-saudara.
Ashraf Muslim Dikecam Lagi, info, kontroversi ashraf muslim, gosip artis, pelakon,
Biarpun foto terbabit biasa-biasa sahaja, namun ia tetap mengundang spekulasi atau rasa kurang senang kepada sesetengah peminat dunia hiburan tempatan. Kali ini Ashraf dituduh melebih-lebihkan isteri kedua iaitu Wan Sakinah. Tuduhan itu dilemparkan hanya kerana dia dilihat menyengetkan badannya ke arah Wan Sakinah serta memakai pakaian sedondon dengan isteri mudanya itu.

Sebaliknya Dayana memakai pakaian yang warnanya agak berbeza. Malah, ada juga yang menganggap Dayana tersenyum dalam paksaan seolah-olah menggambarkan perasaannya yang tidak gembira.

Sementara itu timbul juga desas-desus yang mengatakan Dayana kini sedang hamil anak pertama. Tiada sebarang kenyataan diberikan oleh Ashraf Muslim mahupun Dayana sendiri, namun kisah ini mula berterbangan apabila Diyana mengemas kini akaun Instagramnya baru-baru ini.

Menerusi entri yang memperlihatkan Dayana dan Ashraf berada di Tanah Suci Mekah itu, Dayana telah meletakkan kapsyen berikut :

Ashraf Muslim Dikecam Lagi, info, kontroversi ashraf muslim, gosip artis, pelakon,
Selamat tinggal Ramadhan =( Ya Allah..Izinkan kami bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan..InsyaAllah.. #Happy3rdAniversarysayang #satusyawal #throwbacktigatahunlepas Tq sayang @ashrafmuslim for being there through thick and thin.. Tq @wansakinah for understanding me n being the best ibu for Sarah Ashraf Tq ayah ,mak, mertua and my siblings for supporting me all this while..love u guys soo much.. Doakan Sarah Ashraf dapat adik baru tahun ni..InsyaAllah..amiin.. Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin..
Kapsyen yang dimuat naik oleh Dayana ini lebih kepada harapannya, bukan untuk mengumumkan tentang kehamilannya. Namun, segala kemungkinan boleh berlaku.

Baca : Raja Farah Mengamuk

Sumber : gua.com.my

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment