You are here
berita 

AS pelbagaikan senjata nuklear yang bersaiz lebih kecil untuk hadapi ancaman Russia

BANDAR Nagasaki di Hiroshima selepas dibom oleh tentera Amerika Syarikat ketika Perang Dunia Kedua. Agensi


Amerika Syarikat mahu mempelbagaikan senjata nuklearnya bagi menangkis ancaman Rusia. Agensi

WASHINGTON 3 Feb. Tentera Amerika Syarikat (AS) mahu mempelbagaikan senjata nuklearnya dan membangunkan bom atom baharu yang lebih kecil, sebahagian besarnya bertujuan menangani ancaman Rusia.

BBC.com melaporkan, cadangan itu didedahkan dalam ke*nyataan dasar Pentagon dikenali sebagai Kajian Postur Nuklear (NPR) yang pertama seumpamanya sejak tahun 2010.

AS bimbang sekiranya Mowcow melihat senjata nuklear yang dimilikinya sebagai terlalu besar dan tidak lagi berkesan digunakan sebagai senjata penghalang perang.

Menurut kenyataan itu, tindakan membangunkan senjata nuklear lebih kecil akan dapat menangkis tanggapan terbabit.

Walaupun senjata nuklearnya lebih kecil dengan kekuatan letupan di bawah 20 kiloton tetapi kesannya masih menggerunkan.

Bom atom dengan kekuatan yang sama menghancurkan bandar Nagasaki di Jepun pada Perang Dunia Kedua dan membunuh lebih daripada 70,000 orang.

“Strategi kami adalah memastikan Rusia memahami bahawa apa sahaja penggunaan senjata nuklear, walaupun secara terhad, ia tetap tidak boleh diterima,” kata kenyataan terbabit.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Pertahanan AS, Patrick Shanahan berkata, senjata nuklear negara ini telah disimpan dengan selamat selama lebih daripada 70 tahun.

sumber: http://www.utusan.com.my/berita/luar…#ixzz566hm4z6k

.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts