You are here
berita 

Anggota tentera patah kaki mendarat atas bumbung di Kem Terendak

Quote:

Anggota tentera mendarat di bumbung kediaman di Kem Terendak Sungai Udang, Melaka ketika menjalani latihan payung terjun, semalam. FOTO ihsan pembaca




MELAKA – Anggota tentera dipercayai patah kaki kanan selepas mendarat di bumbung kediaman di Kem Terendak Sungai Udang, ketika menjalani latihan payung terjun, semalam.

Dalam kejadian 12.10 tengah hari itu, mangsa berusia 30-an dilaporkan patah tulang keting kaki kanan selepas gagal melakukan pendaratan sempurna di lokasi yang ditetapkan selain faktor angin yang kuat.

Menurut sumber, mangsa bersama sepasukan anggota, menjalani latihan terjunan rutin dari pesawat pada ketinggian kira-kira 5,000 kaki dari udara.

Bagaimanapun, anggota tentera terbabit dilaporkan stabil.

“Mangsa sudah diberi rawatan kecemasan dan kini ditempatkan di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak,” katanya

Kemalangan membabitkan anggota tentera itu menjadi tular di laman Facebook, dengan beberapa keping gambar menunjukkan anggota terbabit tergantung pada paracut, dari bumbung kediaman dalam kem itu.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2…lillah-selamat

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts