You are here
berita 

Anak Lihat Ibu Patah Kaki Main Gelongsor

KUNJUNGAN sebuah keluarga ke pusat trampolin bertukar tragedi apabila seorang ibu patah kedua-dua pergelangan kaki ketika bermain gelongsor menegak.

Nikitta Cole telah membawa tiga anaknya ke pusat tersebut, Flip Out yang baru dibuka di Manchester ketika kejadian itu berlaku minggu lalu.

Selepas melihat menaiki gelongsor Ninja pada ketinggian 20 kaki, dia memutuskan untuk mencubanya.

Tetapi dia tidak dapat mengawal pergerakan badannya ketika sampai di bahagian bawah dan kakinya terhempas ke penghalang dahulu menyebabkan kedua-dua pergelangan kakinya patah.

Berdasarkan rakaman video, kejadian itu turut disaksikan anaknya.

Cole, ibu kepada Declan, 11, Maisy-Lea, sembilan, dan Alleah-Jae, dua, pada awalnya tidak menyedari kecederaan yang dilaminya.
“Pada mulanya saya hanya terkejut dan tak rasa apa-apa. Saya tidak sedar apa yang baru berlaku.

“Saya pakai tiga pasang stokin jadi saya tidak kata apa-apa sehingga saya minta mereka membukanya selepas beberapa minit berasa tekanan di kaki saya tidak normal.

“Saya tidak pernah patah tulang jadi saya tak tahu ia sebenarnya telah patah.”

Cole, yang bekerja di McDonald’s di Pendlebury, menunggu ambulans selama tiga jam tetapi kemudian diminta pergi sendiri ke hospital, yang mana dia memutuskan untuk mengambil teksi.

Sebaik tiba di hospital Salford Royal, keputusan X-ray menunjukkan kedua-dua pergelangan kakinya patah dan dia perlu melakukan pembedahan.

Ditanya sama ada dia merancang untuk membuat aduan rasmi atau mengambil tindakan terhadap pusat tersebut, Cole berkata dia tidak mempunyai masa untuk mempertimbangkannya.

“Saya tidak dapat bekerja dan proses pemulihan adalah panjang kerana pekerjaan saya memerlukan kaki.

Jurucakap Flip Out Manchester berkata: “Sejak dibuka pada akhir Disember beribu-ribu orang telah menggunakan gelongsor itu dengan selamat dan kami yakin ini adalah insiden terpencil.

“Keselamatan adalah keutamaan kami dan kami berusaha memastikan setiap orang yang berkunjung dapat menikmati semua aktiviti dalam persekitaran selamat.

“Kami telah bercakap dengan Nikitta dan berharap dia cepat pulih.” -Manchester United Evening News

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berit…3ZBOmxd6tZg.99

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts