You are here

Amy buat persiapan kahwin Nabila Huda?

Penyanyi rock Amy (Search) menafikan khabar angin yang mengatakan dia sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan anak perempuannya, aktres Nabila Huda, yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya tidak lama lagi.
Amy buat persiapan kahwin Nabila Huda?, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, sensasi,
Dipetik daripada laporan mStar, Amy yang terkejut dengan berita tersebut memberitahu dia dan Nabila atau mesra dengan panggilan Abil tidak pernah berbincang tentang perkara itu.

“Eh… saya pun tidak tahu yang dia nak berkahwin kerana tiada perbincangan mengenai perkara itu antara saya dan Nabila. Apatah lagi persiapan kahwin seperti yang diperkatakan,” ujarnya.

Penyanyi berusia 56 tahun ini turut menjelaskan dia akan merestui sekiranya Nabila dan kekasih sudah bersedia untuk berkahwin.

Sebelum ini hubungan anak-beranak ini pernah berantakan selepas Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menegur Nabila dengan nada kasar di laman Instagram selepas aktres telefilem “Saloma” ini memuat naik gambar percutiannya dengan kekasih di luar negara.

Walaubagaimanapun hubungan mereka kembali jernih selepas Amy memuat naik foto mereka sekeluarga di Instagram ketika sambutan Aidilfitri lalu.

Dalam perkembangan lain, Amy bakal berduet dengan Nabila menerusi persembahan konsert solonya di Singapura pada 20 September depan.

Amy juga dalam proses menyiapkan album solo terbarunya yang bakal memuatkan 10 buah lagu selepas 13 tahun tidak merakamkan album.

Baca : Siti Saleha Sangkal Foto Yang Dimuatnaik Keterlaluan

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment