You are here
berita 

Ambil gambar kematian sendiri jadi kegilaan di Afrika Selatan

Quote:

Anak kecil cuba mengejutkan ‘mayat’ seorang wanita.


Antara gambar ‘pose’ maut yang dimuat naik di atas talian membuatkan rasa ingin tahu rakyat dunia mengenai kegilaan ini – foto diambil dari Dailymail.co.uk


PRETORIA – AFRIKA SELATAN. Sebuah video mengenai seorang anak kecil yang cuba mengejutkan ‘mayat’ seorang wanita yang terbaring di atas tangga hanyalah merupakan sebahagian daripada kegilaan penduduk di sini memuat naik gambar kematian mereka sendiri lapor Dailymail.co.uk.

Klip video selama 20 saat itu adalah trend #Deadpose di kalangan masyarakat yang menimbulkan banyak kemarahan pihak luar serta mengundang rasa ingin tahu mereka.

Ibu kepada anak kecil itu, Bontle Goitsimang berkata kepada media tempatan bahawa semuanya telah dirancang.

“Anak saya tahu ia adalah satu jenaka, saya rasa dia lebih banyak ketawa dari menangis di dalam video tersebut.

“Saya yang merakam rakaman tersebut dan di atas lantai itu adik saya, semuanya hanya satu jenaka yang sangat lucu,” katanya lagi.

Sementara itu, pelajar sekolah tinggi, Karabo Mnisi, 19 tahun yang memulakan kegilaan ini seminggu yang lalu telah dibanjiri dengan gambar-gambar ‘pose’ maut ini.

“Kita memasuki fasa kedua di mana gambar ‘pose’ yang lebih mengerikan dan lebih banyak darah akan dimuat naik di atas talian.

“Untuk fasa pertama ia hanya setakat luka-luka kecil yang tidak mengerikan langsung, hanya sekadar terkehel kaki atau patah di anggota badan sahaja” katanya.

Menurutnya lagi, dia tidak akan berhenti dari berbuat demikian sehinggalah berjaya mencapai matlamatnya untuk menjadi seseorang paling berpengaruh di sini dan juga selebriti Facebook dengan lebih 40 ribu orang pengikut.

“Saya diilhamkan oleh gambar-gambar ikonik sejarah Apartheid iaitu satu titik perubahan dalam perjuangan menentang rejim ini serta cuba menulis semula sejarah dengan cara yang amat menyeronokkan.

“Namun begitu, generasi yang lebih tua tidak memahami perkara ini malahan, ibu bapa saya sendiri tidak bersetuju dengannya,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, beliau sudah menjangkakan perkara ini akan menjadi tular tetapi tidak menyangka ia akan menjadi sebesar ini.

“Saya langsung tidak sangka ia akan jadi sebesar ini hinggakan mendapat sambutan dari pemimpin lain dan ia hanyalah satu jenaka.

“Selain itu, saya hanya menganggap ia seperti cabaran ‘Ice Bucket Challenge’ yang melanda dunia sebelum ini cuma gambarnya berbeza,” tambahnya.

Quote:









http://www.sinarharian.com.my/global…latan-1.612087

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts