You are here
berita 

Alat seks lebih selamat, mainan budak banyak bahan kimia

Alat memuaskan nafsu seks di Sweden didapati lebih selamat, kurang kimia berbahaya, berbanding mainan kanak-kanak, kata Lembaga Kimia Sweden. — Foto Reuters

STOCKHOLM, 24 Jan — Pihak berkuasa Sweden terkejut apabila mendapati alat memuaskan seks jauh lebih selamat digunakan berbanding mainan kanak-kanak.

Kajian mendapati 15 peratus mainan kanak-kanak di negara itu dicemari bahan berbahaya, termasuk plumbum, tetapi hanya dua peratus alat seks mengandungi bahan terlarang, lapor AFP.

“[Dapatan] ini agak mengejutkan,” kata Frida Ramstrom, seorang pemeriksa di Lembaga Kimia Sweden, kepada agensi berita itu. “Kajian ini kali pertama kami jalankan.”

Daripada 44 produk yang diperiksa, satu dildo plastik didapati mengandungi parafin berklorinasi, yang disyaki punca barah, kata lembaga itu.

Peraturan ketat yang diperkenalkan di Eropah mendorong kawalan keselamatan alat seks, kata Ramstrom lagi, yang menyatakan sukar menentukan punca mainan kanak-kanak lebih banyak bahan kimia.

Beliau berkata kebanyakan mainan anak-anak dihasilkan di Asia, maka lebih sukar untuk mengawal tahap keselamatan bahan-bahan tersebut.

– See more at: http://www.themalaymailonline.com/pr….ivnkPbR0.dpuf

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts