You are here
berita 

Alasan teman pasangan senggugut, Tujuh pasangan ditahan bersekedudukan

Quote:

Melaka: Tujuh pasangan ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam serbuan di lima hotel bajet di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah, di sini, awal pagi tadi

Serbuan yang dijalankan selama empat jam bermula 11 malam hingga 3 pagi itu mensasarkan hotel bajet di sekitar Cheng, Merdeka Permai, Batu Berendam dan Durian Tunggal yang sering dijadikan pilihan pasangan bukan mahram setiap kali musim cuti

Timbalan Ketua Penguat Kuasa JAIM Noraminuddin Azis berkata, semua 14 individu berusia antara 23 hingga 53 tahun itu ditahan selepas didapati bersekedudukan di dalam bilik tanpa ikatan sah

“Hasil pemeriksaan terdapat seorang wanita berstatus isteri orang turut ditahan apabila berada di dalam bilik bersama seorang lelaki bukan mahram

“Apabila ditanya, pelbagai alasan diberikan antaranya mereka hanya berehat seketika, malah ada juga mendakwa dia menemani pasangan yang mengalami senggugut,” katanya

Beliau berkata, semua yang ditahan dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan

http://www.hmetro.com.my/node/201659


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts