You are here
berita 

Ajal 3 sahabat, Ditemui lemas di parit

Tiga sahabat lemas selepas mandi di parit di Kampung Inanam Laut, 3.30 petang tadi

Quote:

Kota Kinabalu: Tiga kanak-kanak lelaki ditemui lemas selepas mandi di parit di Kampung Inanam Laut, dekat sini, 3.30 petang tadi

Mangsa, Haikal Faiz Abdullah, 10; Sharizal Azhar, 10, dan Mohd Khairil Misani, 11, ditemui di dalam parit selepas anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas Sandreygo Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.34 petang dan seramai 10 anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, operasi mencari semua mangsa dilakukan dan mangsa pertama Haikal Faiz ditemui pada 4.03 petang, mangsa kedua, Sharizal ditemui pada 4.14 petang dan mangsa terakhir, Mohd Khairil ditemui pada 4.20 petang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian

Sandreygo berkata, semua mangsa dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) untuk tindakan selanjutnya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu

http://www.hmetro.com.my/node/212513


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts