You are here
berita 

Agungkan personaliti Hitler, Polis Austria buru lelaki seiras Hitler

POLIS mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang lelaki seiras Adolf Hitler yang dilihat di bandar kelahiran pemimpin Nazi itu di Braunau atas tuduhan ‘mengagungkan personaliti Hitler’

Quote:

VIENNA: Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang lelaki seiras Adolf Hitler yang dilihat di bandar kelahiran pemimpin Nazi itu di Braunau atas tuduhan ‘mengagungkan personaliti Hitler.’

Kelibat lelaki berpakaian seperti Hitler, yang memotong rambut dan menyimpan misai seperti diktator itu, dilihat ramai baru-baru ini, lapor akhbar Oberoesterreichische Nachrichten

“Saya melihat lelaki ini di Braunau beberapa kali dan tertanya-tanya sama ada ia bermakna sesuatu,” kata seorang penduduk tempatan di Facebook, seperti dilapor media

Lelaki misteri itu, yang masih tidak dikenali, dipercayai berusia antara 25 dan 30 tahun, dirakamkan di depan rumah kelahiran Hitler sekurang-kurangnya sekali

Dia juga kelihatan di kedai buku membelek majalah mengenai Perang Dunia Kedua dan dilaporkan dilihat di bar, memperkenalkan diri sebagai ‘Harald Hitler.’

Polis yang mengesahkan laporan media, berkata mereka menyedari keadaan itu dan sudah mengeluarkan waran tangkap ke atas lelaki berkenaan kerana disyaki cuba menghidupkan semula Nazi

“Mengagungkan personaliti Hitler secara terbuka adalah jenayah,” kata jurucakap jabatan polis tempatan, Alois Ebner, seperti dipetik agensi berita APA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/247641


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts