You are here
berita 

9 rumah terbakar, kelengkapan sekolah hangus

Quote:

TAWAU: Sebanyak sembilan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 2, Jalan Apas, dekat sini, petang tadi, mengakibatkan kira-kira 50 penghuni hilang tempat tinggal

Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah rumah pada kira-kira jam 3 petang sebelum api merebak dengan cepat berikutan kedudukan kediaman yang rapat antara satu sama lain, selain disebabkan oleh keadaan cuaca berangin

Kebanyakan penghuni tidak sempat menyelamatkan harta benda dan barangan berharga, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Tawau, Ismaidi Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.08 petang sebelum menghantar 21 anggota bersama empat jentera dan tiga kenderaan utiliti yang tiba di lokasi lapan minit kemudian

“Tindakan pantas bomba berjaya mengawal api daripada terus merebak dan memusnahkan lebih banyak rumah

“Api dapat dikawal pada jam 4 petang dan punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya

Mangsa kebakaran, Lutfianti Ansar, 31, berkata ketika kejadian dia sedang menyiapkan pakaian seragam serta peralatan sekolah enam anaknya yang akan memulakan sesi baharu persekolahan esok sebelum terdengar jeritan penduduk meminta kami lari menyelamatkan diri

“Sebaik keluar, saya lihat kepulan asap di rumah jiran menyebabkan kami sekeluarga segera keluar menyelamatkan diri. Tidak lama kemudian rumah kami terbakar dan semua pakaian seragam serta kelengkapan sekolah anak-anak musnah sama sekali

“Esok semua anak saya akan ke sekolah sehelai sepinggang tanpa pakaian seragam dan kelengkapan persekolahan,” katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/229533


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts