You are here
berita 

85 juta baht hilang di KL, 3 lelaki ditahan

DATUK Mazlan Lazim (kiri) ketika sidang media di Pusat Media IPK Kuala Lumpur.- Foto Nik Hariff Hassan

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki termasuk dalang utama kes kehilangan mata wang asing bernilai RM8.3 juta milik sebuah syarikat pemborong mata wang di ibu negara, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, berkata dua suspek ditahan kelmarin, manakala seorang lagi suspek ditahan semalam dan semua tangkapan dilakukan di ibu negara.

“Ketiga-tiga mereka bekerja sebagai pengutus (runner) untuk syarikat penggurup wang. Masing-masing berusia 33, 41 dan 43 tahun.

“Siasatan sedang dijalankan ke atas ketiga-tiga suspek mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya pada pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua suspek kini direman tiga hari bermula hari ini.

Katanya, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada syarikat pemborong mata wang terbabit pada Jumaat lalu.

Difahamkan, syarikat terbabit memaklumkan seorang petugasnya menguruskan pengedaran mata wang Thailand berjumlah 85 juta Baht berkenaan untuk diedarkan kepada beberapa syarikat penggurup wang.

Bagaimanapun, wang itu tidak sampai ke syarikat penggurup wang terbabit.

Hari ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan kebimbangan syarikat penggurup wang yang mengalami kekurangan bekalan mata wang asing untuk diniagakan susulan kehilangan dialami pemborong terbabit.

https://www.bharian.com.my/berita/ke…ta-baht-hilang

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts