You are here
berita 

784 graduan terima anugerah Konvokesyen KYP

Quote:

KUANTAN: Seramai 784 graduan akan menerima ijazah, diploma dan sijil masing-masing sempena majlis Konvokesyen dan Pentauliahan Kemahiran Malaysia Kolej Yayasan Pahang (KYP) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, esok

Pelajar cacat pendengaran jurusan Diploma Grafik dan Rekabentuk Multimedia, Alif Hajmi Bahari, 22, dipilih sebagai penerima hadiah kecemerlangan Menteri Besar manakala hadiah kecemerlangan kokurikulum milik graduan Diploma Sains Komputer, Nur Fazirah Bakri, 22, dengan masing-masing menerima piala dan wang tunai

Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa KYP, Suhaila Mukhtar, berkata pelbagai aktiviti diadakan sepanjang majlis konvokesyen itu seperti pameran, jualan dan taklimat pendidikan di kolej berkenaan

Katanya, lebih 1,000 tetamu merangkumi keluarga graduan dijangka hadir menyaksikan majlis

“Saya berharap Konvokesyen dan Pentauliahan Kemahiran Malaysia KYP kali pertama ini berjalan lancar dan memberi kegembiraan kepada graduan. Kebanyakan graduan KYP sudah bekerja dalam pelbagai sektor setaraf kelulusan mereka dan ada juga yang terbabit dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan,” katanya ditemui ketika meninjau persiapan majlis itu, hari ini

Suhaila berkata, imej pendidikan bertaraf antarabangsa dibawa KYP diharap menarik lebih ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih KYP sebagai tempat melanjutkan pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah

Selain pinjaman pendidikan disediakan Yayasan Pahang (YP), katanya, pelbagai kemudahan lain turut disediakan untuk memberi keselesaan dan kepuasaan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di KYP

“Saya berharap lebih ramai lepasan SPM menyambung pengajian di KYP yang membuat pengambilan tiga kali setahun. Pelajar berasal dari negeri ini layak menerima bantuan RM500 ketika mendaftar,” katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/224412


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts