You are here
berita 

60 tahun cikgu pendam cinta pada anak murid, selamat menikah


PASANGAN Rahmat dan Rokiah melangsungkan pernikahan mereka, semalam. FOTO Essa Abu Yamin

Batu Pahat: “Saya memendam perasaan cinta kepada bekas anak murid ini selama hampir 60 tahun,” kata pesara guru Rahmat Hassan, 83, yang menikahi Rokiah @ Ramlah Abd Rahman, 77, selepas mereka yang terpisah sekian lama dan bertemu semula Januari lalu.

Menurut Rahmat, perasaan cintanya muncul ketika dia mengajar Rokiah pada 1954 hingga 1956 di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat, di sini, namun memendam perasaan kerana ketika itu seorang guru dilarang bercinta dengan anak didik.

Katanya, selepas Rokiah menamatkan pelajarannya, mereka terputus hubungan kerana masing-masing membawa haluan sendiri.

“Rokiah melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan kami terputus hubungan.

“Saya hanya dapat berita dia (Rokiah) berumah tangga selepas beberapa tahun kemudian, malah ketika itu saya juga bakal berkahwin,” katanya pada majlis pernikahan dan kesyukuran mereka di Kampung Parit Jabong, Tongkang Pechah, di sini, kelmarin.

https://www.hmetro.com.my/utama/2017…ada-anak-murid

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts