You are here
berita 

5 penganjur, 10 penjudi bola golek ditahan

Quote:

KUALA LUMPUR 20 Feb.- Polis menahan lima lelaki dipercayai penganjur perjudian bola golek dalam dua serbuan di sekitar Kampung Baru Subang, Sungai Buloh dekat sini semalam

Serbuan dijalankan sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor itu turut menahan 10 penjudi terdiri daripada lelaki warga Bangladesh, Indonesia dan Myanmar

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisio*ner Fadzil Ahmat berkata, serbuan pertama dilakukan kira-kira pukul 8.30 malam di sebuah tapak kilang kosong di Jalan 2 C, Kampung Baru Subang dekat ini dan tiga penganjur berusia 32 tahun 35 tahun ditahan

Menurut beliau, pihaknya berjaya merampas sebuah papan bola golek, dua keping tikar plastik, alat penimbang air, empat lampu LED, satu beg pinggang dan wang tunai RM1,993

“Dalam serbuan kedua pada pukul 9 malam di sebuah rumah kongsi di lokasi sama, kita menahan dua penganjur lelaki berusia 29 dan 66 tahun serta sepuluh lelaki warga asing yang merupakan pemain judi itu

“Pelbagai peralatan digunakan dalam permainan itu dan wang tunai RM1,500 dirampas. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 7 Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya di sini hari ini

http://www.utusan.com.my/berita/jena…OK2pw.facebook


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts