You are here
berita 

5 keluar makan ghaib, Ditemui selamat selepas 8 hari

Quote:

Tumpat: Selepas lapan hari hilang, empat sekeluarga dan seorang pekerja akhirnya ditemui selamat di kedai makan di Kampung Neting, di sini

Mereka ditemui di kedai berkenaan kira-kira 12 tengah malam tadi oleh orang kampung yang kemudian memaklumkan kepada wakil keluarga, Mafauzi Kamaruddin, 38

Mafauzi berkata, penemuan tiba-tiba itu mengejutkan dia sekeluarga yang tidak menyangka anak, tiga adik dan seorang pekerjanya ditemui selamat

“Orang kampung menghubungi saya memaklumkan melihat kereta dinaiki mereka di kedai makan itu sedang membeli roti canai dan saya segera menghubungi pihak polis

“Mereka berlima dibawa ke balai polis untuk siasatan dan adik saya, Ilham, 35, mendakwa mereka hilang seperti dibawa ke dunia lain

“Keadaan mereka pun antara sedar atau tidak dan masih terpinga-pinga dengan kejadian berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini

Berikutan penemuan itu, Mafauzi berkata, kelima-limanya dibawa untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan Islam di sini

Dalam kejadian 25 Januari lalu, empat sekeluarga dan seorang pekerja dilapor hilang selepas keluar dari rumah mereka di Taman Sri Pengkalan, Jalan Besar, Pengkalan Kubor, di sini

Mereka dipercayai keluar rumah pada 4.30 petang untuk makan di kedai berhampiran sebelum gagal ditemui

Selain Ilham, mereka yang hilang adalah anak Mafauzi, Muhammad Amirul Hakimi, 16; adik Mafauzi, Nasrullah, 28, dan Syarunniza Kamaruddin, 24, serta seorang pekerjanya, Siti Aishah Zailani, 18

http://www.hmetro.com.my/node/202720


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts