You are here
berita 

5 beragama Islam ditahan minum arak di malam Ramadan

KAKITANGAN JHEAINS memeriksa salah seorang pengunjung dipremis pusat hiburan di Jalan Bundusan, Penampang.

SABAH – Lima termasuk seorang wanita ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) kerana minum arak di pusat hiburan di Jalan Bundusan, Penampang, pagi ini.

Dalam Operasi bersepadu pada 1.30 pagi itu, polis turut merampas beberapa alat elektronik di premis berkenaan kerana beroperasi melebihi masa ditetapkan.

Ketika operasi dijalankan, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, JSJ Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah dan kakitangan JHEAINS), melakukan pemeriksaan di premis berkenaan.

Hasil pemeriksaan oleh kakitangan JHEAINS dengan alat pengesan mabuk mendapati lima termasuk seorang wanita beragama Islam ditahan kerana minum minuman keras.

Semua mereka berusia 20 hingga 40 tahun dan barang rampasan kemudian dibawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut.

Operasi bersepadu yang berakhir jam 3 pagi itu diketuai oleh pegawai serbuan Inspektor Hasryman Osman.

http://www.hmetro.com.my/mutakhir/20…ketika-ramadan

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts