You are here
berita 

4 maut motosikal bergesel di lebuhraya Plus

Quote:

KERETA Proton Iswara remuk di bahagian belakang setelah dilanggar dua buah motosikal di Kilometer 278.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Ipoh hari ini.




EMPAT maut dalam kemalangan dua motosikal dan kereta di Kilometer 278.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan, hari ini.

Dalam kejadian 5.36 pagi itu, kemalangan membabitkan Kawasaki Ninja dan Yamaha RXZ serta Proton Iswara.

Kemalangan dipercayai berlaku akibat dua motosikal berkenaan yang bergesel sebelum hilang kawalan dan merempuh belakang kereta terbabit.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, akibat kemalangan itu dua penunggang motosikal maut di tempat kejadian dan dua pembonceng meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

“Hasil siasatan awal yang yang diperoleh daripada saksi kejadian, iaitu dari pemandu kereta berusia 33 tahun mendapati dua motosikal berkenaan ditunggang dari arah Simpang Pulai ke Ipoh.

“Ketika sedang berkonvoi dan apabila sampai di tempat kejadian dua motosikal berkenaan dipercayai bergesel sesama sendiri dalam kelajuan yang agak tinggi sebelum terbabas dan melanggar belakang Proton Iswara berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, akibat pelanggaran itu motosikal RXZ melambung dan tercampak ke jalan kecul tepi lebuh raya.

“Penunggang Kawasaki Ninja dan Yamaha RXZ maut ditempat kejadian manakala dua pembonceng meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

“Bedah siasat sedang dijalankan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/2018…aut-kemalangan

Quote:

Mangsa kemalangan dikenal pasti


Rafiq (atas, kiri), Mohamad Syarif (atas, kanan), Muhsin (bawah, kiri) dan Mohamad Hafiz meninggal dunia akibat kemalangan.

EMPAT mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 278.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan, hari ini berusia antara 21 hingga 33 tahun.

Identiti mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan 5.36 pagi itu adalah Rafiq Hafizi Rahmi, 21, berasal dari Kampung Sungai Siput, Kuala Kangsar dan Mohamad Syarif Mohamad Said, 30, berasal dari Kampung Muhibah, Sungai Siput yang kedua-duanya meninggal dunia dilokasi kejadian.

Dua lagi mangsa yang meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh adalah Muhsin Muhamad Wazer, 23, berasal dari Layang Layang Kiri, Parit dan Mohamad Hafiz Jabon, 33, dari FELCRA Nasaruddin (B).

Semua keluarga mangsa kini berada di Jabatan Forensik HRPB untuk menuntut jenazah dan difahamkan bedah siasat sedang dijalankan.

https://www.hmetro.com.my/utama/2018…-dikenal-pasti


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts