You are here
berita 

32,888 bunga ros LED dinyalakan di Dataran Pahlawan

Quote:

MELAKA: Sebanyak 32,888 bunga ros plastik berwarna putih dipacak di atas padang seluas dua hektar dalam satu acara unik yang diadakan di padang kompleks beli-belah Dataran Pahlawan di sini, malam tadi

Acara berlangsung dari 15 Disember hingga 2 Januari depan bersempena sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu anjuran Escaperoom Holdings Sdn Bhd (EHSB) itu bertemakan ‘Sensasi Cahaya Pemandangan Waktu Malam-Siri Cinta’

Timbalan EXCO Pelancongan dan Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau negeri, Datuk Wira Ghazale Muhamad, berkata negeri ini menjadi lokasi kedua selepas acara terbabit memecahkan rekod dunia Guinness sebagai rangkaian nyalaan 30,000 kuntum bunga ros lampu diod pemancar cahaya (LED) terbanyak

“Acara ini adalah satu kelainan daripada sambutan yang biasa kita buat, bertujuan membawa rakyat negeri ini mahupun pelancong dari luar untuk bersama-sama berjalan di tengah taman indah yang dipenuhi cahaya

“Ia juga bertujuan mewujudkan suasana harmoni dengan menggalakkan kasih sayang terhadap semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia, jantina, bangsa, budaya dan bahasa,” katanya

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis berkenaan yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif EHSB, Datuk Patrick Ong

Pertunjukan cahaya akan bermula dari jam 2 petang hingga 12 tengah malam

Pengunjung dikenakan bayaran masuk RM20 bagi dewasa dan RM10 (kanak-kanak) manakala kanak-kanak tiga tahun ke bawah percuma

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/224755


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts