You are here
berita 

3 maut kereta terbabas rempuh pokok

Quote:

Johor Bahru: Anak kelahiran Sarawak adalah antara tiga yang terbunuh dan seorang parah kemalangan di Jalan Skudai arah Senai, malam tadi

Dua daripada tiga yang terbunuh adalah wanita

Mereka dikenali sebagai Mary anak Jantum, 24, beralamat terakhir di Kapit, Sarawak, dan Foo Zi Wei, 19, beralamat terakhir di Taman Putri, Kulai

Selain itu, Chin Han Xue, 22, dari Taman Senai, turut terbunuh dalam kemalangan itu

Mangsa parah yang juga pemandu dikenali sebagai Chin Han Rong, 20, iaitu dipercayai adik kepada Han Xue

Kemalangan berlaku apabila kereta mereka terbabas dan merempuh pokok dekat Skudai Parade, pada 8.20 malam tadi

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohamed Nasib Mohamed Sam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.23 malam

Menurutnya, sepasukan anggota dan pegawai dari balai bomba dan penyelamat Kulai dikejarkan ke lokasi

Katanya, apabila tiba di lokasi pihaknya mendapati empat mangsa tersepit dengan tiga daripadanya disahkan meninggal dunia

http://www.hmetro.com.my/node/197280


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts