You are here
berita 

3 maut helikopter terhempas atas bumbung rumah

LOS ANGELES: Tiga orang disahkan maut apabila sebuah helikopter yang digunakan untuk pelancongan dan latihan terhempas di atas sebuah rumah di selatan California.

Menurut saksi, mereka melihat kepulan asap apabila pesawat jenis Robinson 44 dengan empat tempat duduk itu menjunam ke atas bumbung sebuah rumah sebelum merempuh rumah lain di lokasi.

Seorang penduduk tempatan ketika diwawancara saluran berita ABC7 berkata, beliau mendengar bunyi seakan hujan lebat sebelum melihat seorang lelaki keluar dari pesawat dan beberapa anggota tubuh badan manusia bertaburan di lokasi.

“Saya meletakkan tangan di bahagian belakang helikopter itu dan berdoa untuk mereka kerana saya tahu, tidak ada mangsa yang terselamat,” kata saksi wanita itu.

Katanya, penghuni beberapa rumah yang terbabit dalam nahas itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Punca kejadian masih belum diketahui namun Ketua Jabatan Bomba Newport Beach, Chip Duncan mengesahkan bahawa tiga orang maut manakala dua lagi dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Helikopter milik Revolution Aviation itu sudah beroperasi sejak era 1960-an sebagai pesawat latihan dan pelancongan. – AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/ame…-bumbung-rumah

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts