You are here
berita 

3 lelaki direman kes tipu pindah milik tanah secara kekerasan

TIGA lelaki yang ditahan di bawah POCA berhubung penipuan pindah milik tanah diiringi polis dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Johor Bahru

Quote:

JOHOR BAHRU: Tiga lelaki termasuk bekas pembantu tadbir Pejabat Tanah dan Galian Daerah Johor Bahru ditahan reman 21 hari, bagi membantu siasatan kes penipuan pindah milik tanah dengan menggunakan kekerasan, dua tahun lalu

Penahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadap tertuduh yang berusia 43 tahun itu mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA)

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias bermula hari ini sehingga 27 Mac ini selepas membenarkan permohonan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad

Di mahkamah sama, seorang broker tanah berusia 50 tahun dan jurugegas berusia 38 tahun, turut direman 21 hari bagi siasatan lanjut berhubung kes yang sama

Dua suspek lelaki yang ditahan di Kuala Lumpur mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu direman empat hari lalu dan tamat semalam, sebelum ditahan semula bagi siasatan kes mengikut POCA

Bekas pembantu tadbir yang kini ditukarkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah ini, ditahan di pejabatnya di sini, pada jam 1 tengah hari semalam

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/256918


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts