You are here
berita 

3 kenderaan JPJ hangus disyaki dibakar

Quote:

LIMA kenderaan, tiga milik JPJ dan dua kepunyaan orang awam yang diletakkan di kawasan parkir JPJ Timbang Lori di Kuala Kangsar, musnah terbakar awal pagi tadi. – Foto Bomba






KEADAAN di parkir JPJ selepas kebakaran lima kenderaan, tiga milik JPJ dan dua kepunyaan orang awam. – Foto Muhaizan Yahya


KUALA KANGSAR: Lima kenderaan, tiga milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan dua kepunyaan orang awam yang diletakkan di kawasan parkir JPJ Timbang Lori di sini, musnah terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, tiga kenderaan JPJ yang terbakar itu membabitkan dua jenis Toyota Fortuner dan satu Ford Ranger manakala dua kenderaan awam jenis Volvo.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.36 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke lokasi kejadian.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan anggota mendapati ketiga-tiga kendeaan JPJ musnah 90 peratus manakala dua kenderaan awam musnah 70 peratus.

“Siasatan bagi mengetahui punca kejadian masih dijalankan di lokasi ketika ini,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/ke…usnah-terbakar

Quote:

Pagar dipotong

SIASATAN awal bomba mendapati kebakaran lima kenderaan termasuk tiga kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di kawasan letak kenderaan Stesen Penguatkuasaan JPJ Timbang Lori, Kuala Kangsar menjurus kepada khianat.

Difahamkan, siasatan awal dijalankan forensik bomba itu menemui satu lubang di pagar yang dipercayai dipotong.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya turut mendapatkan bantuan Unit Pengesan (K9) Bomba untuk menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Katanya, siasatan dijalankan buat masa ini mendapati kejadian itu menjurus kepada perbuatan khianat.

“Lubang pagar dipercayai dipotong ditemui di bahagian belakang pagar menempatkan lima kenderaan itu dan maklumat awal lubang itu baru ada.

“Bomba tidak melakukan sebarang pemotongan pagar dan polis serta bomba sedang menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian,” katanya.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati K9 bomba tiba jam 9.15 pagi tadi dan sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Dalam kejadian 2.30 pagi tadi, tiga kenderaan JPJ membabitkan dua Toyota Fortuner dan satu Ford Ranger terbakar 90 peratus manakala dua kenderaan awam jenis Volvo terbakar 70 peratus.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2…hianat-metrotv


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts