You are here
berita 

235 agensi tubuh polis bantuan – PDRM

ZULKIFLI Abdullah (kiri) melihat motosikal skuter yang disumbangkan oleh IJM Land Berhad untuk kegunaan PDRM sambil diperhatikan Soam Heng Choon (lima dari kanan) dan Muhammad Zaki Harun (tiga dari kanan) di Seremban hari ini

Quote:

SEREMBAN 15 Feb. – Sebanyak 235 agensi dalam sektor awam dan swasta telah diberikan kelulusan untuk menubuhkan polis bantuan di seluruh negara sehingga kini

Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, terdapat 31 agensi kerajaan memiliki polis bantuan, pihak berkuasa tempatan (3), institut pengajian tinggi awam (10), institut pengajian tinggi swasta (1), badan berkanun (25), syarikat berkaitan kerajaan (48) dan syarikat swasta (117)

“Banyak agensi dalam sektor awam dan swasta telah diberikan kelulusan mewujudkan polis bantuan sendiri dan saya percaya dengan adanya pasukan ini di banyak kawasan tertentu akan membantu PDRM,” katanya selepas Majlis High Profile Policing dan Majlis Penyerahan Rasmi Sumbangan Korporat IJM Land Berhad kepada PDRM di sini hari ini

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad, Datuk Soam Heng Choon serta Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Muhammad Zaki Harun

Zulkifli berkata, agensi dalam sektor awam dan swasta yang berminat mewujudkan polis bantuan boleh mengemukakan permohonan kepada Ketua Polis Negara dengan syarat dan kriteria tertentu

Jelasnya, mereka yang menganggotai polis bantuan dibayar gaji oleh syarikat atau organisasi yang membuat permohonan

http://www.utusan.com.my/berita/terk…1Q8Yk.facebook


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts