You are here
berita 

2 penjawat awam antara yang dicekup dalam serbuan di pusat hiburan

SEBAHAGIAN daripada 75 orang yang ditahan dalam operasi khas Pasukan Petugas Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) dalam empat serbuan berasingan di pusat hiburan di bandar raya ini di sini bermula tengah malam tadi hingga pagi ini

Quote:

JOHOR BAHRU 14 Jan. – Dua penjawat awam antara 75 orang yang ditahan dalam operasi khas Pasukan Petugas Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) melibatkan empat serbuan di pusat hiburan terkemuka di bandar raya ini, malam tadi

Operasi bermula dari pukul 12 tengah malam hingga 9 pagi ini diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat dan Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md. Isa

Kamarul Zaman berkata, hasil saringan awal ujian air kencing mendapati dua penjawat awam tersebut didapati positif dadah dipercayai ekstasi dan ditahan semasa sedang berhibur di salah sebuah pusat hiburan yang diserbu pihaknya

“Pasukan Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut serta dalam operasi itu telah mengambil butiran peribadi mereka (penjawat aqam) untuk tindakan susulan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi

Beliau berkata, selain dua penjawat awam itu, seramai 56 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO), empat lelaki Nepal dan seorang lelaki Myanmar yang tidak mempunyai dokumen sah turut ditahan

Katanya, dalam operasi khas itu, seramai tujuh penjaga pusat hiburan dan enam orang yang dikehendaki polis turut ditahan

“Selain pasukan Polis Diraja Malaysia dan SPRM, operasi khas itu turut disertai pegawai Jabatan Peguam Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jena….hKcuyBC9.dpuf


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts