You are here
berita 

2 pengawal keselamatan ditetak

Quote:

IPOH: Dua pengawal keselamatan ditetak sekumpulan lelaki di sebuah pondok keselamatan di Taman Klebang Ria di sini, malam tadi

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 33 dan 36 tahun luka di beberapa bahagian badan, selain kepala dan tangan

Difahamkan, kedua-dua mangsa berada di pondok pengawal itu sebelum didatangi empat lelaki menaiki sebuah kereta

Keempat-empat suspek itu kemudian memecahkan pintu pondok pengawal berkenaan sebelum seorang daripadanya menetak kedua-dua mangsa dengan parang

Semua suspek melarikan diri manakala mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk mendapatkan rawatan

Sumber polis berkata, anggota polis Balai Polis Chemor menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 8.10 malam sebelum diarah mengesan semua suspek

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/233760


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts