You are here
berita 

2 pengawal keselamatan didakwa liwat 2 murid di sekolah

Lawrence (kanan) dan Mokhtaruddin mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas empat pertuduhan meliwat dan melakukan seks oral terhadap dua pelajar. FOTO Zulfadhli Zulkifli

Petaling Jaya: Dua pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini masing-masing atas empat pertuduhan meliwat dan melakukan seks oral terhadap dua murid lelaki berusia lapan dan sepuluh tahun di sebuah sekolah, awal Februari lalu.

L Joy Lawrence, 39, dan Mokhtaruddin Abdul Manan, 58, yang bertugas sebagai pengawal sekolah itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan mereka didakwa meliwat dan melakukan seks oral itu di pondok pengawal dan tandas sekolah itu antara jam 7 pagi hingga jam 7.30 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Hilmiah Yusof tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 3 April ini untuk sebutan semula.

http://www.hmetro.com.my/node/211252

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts