You are here
berita 

2 maut dirempuh Honda Civic gagal memotong

DUA maut dalam kemalangan di Jalan Salor Baru, Kota Bharu, awal pagi tadi.


DUA maut dalam kemalangan di Jalan Salor Baru, Kota Bharu, awal pagi tadi.

KOTA BHARU: Dua sahabat terbunuh selepas kereta mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan di Jalan Salor Baru, di sini, pagi tadi.

Dalam kemalangan jam 5.45 pagi itu, Mahidin Mamat, 57, yang memandu Nissan Sunny dan rakannya Mohd Adzlan Mohd, 32, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu Honda Civic yang juga pegawai Jabatan Imigresen, Nazri Mohd Asri cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata Mahidin bersama rakannya dalam perjalanan dari Kota Bharu menghala Pasir Mas.

Katanya, siasatan awal mendapati pemandu Honda Civic cuba memotong kenderaan tetapi gagal sebelum kereta itu bertembung dengan kereta Nissan Sunny.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Quote:





https://www.bharian.com.my/berita/ke…eta-bertembung

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts